Kasly Herba Tea






HARGA AHLI : RM84.80
HARGA PASARAN :RM95 
(20 SACHET)


Ramuan Utama

Teh Hijau, Astragalus,Salvia, Panax Notoginseng, ETC.

Ciri-ciri Produk

  • Diformulakan secara terbaik berdasarkan teori Perubatan Tradisional Cina.
  • Bahan-bahan terpilih yang berkualiti,bebas dariapada sisa racun seranga dan pencemaran logam berat.
  • Pati herba yang pekat disembur ke ats daun teh, demi memudahkan pelarutan dan penyerapan bahan aktif.
  • Teknologi pengekstrakan moden Tasly yang unik digunakan supaya bahan aktif tidak menjadi rosak, malahan mudah diserap.


Aplikasi yang bersesuaian

  1. Semua golongan pengguna,khususnya untuk pencegahan penyakit.
  2. Populasi sub-kesihatan dengan manifestasi seperti : kekurangan tenaga pada seluruh badan,mudah jadi letih,kepala rasa berat,fikiran tidak fokus,sakit kepala,sakit muka,mata rasa letih,penglihatan yang merosot,sesak nafas,pening kepala,pitam bila hendak berdiri, tinitus, kerongkong terasa kehadiran bahan asing,ketidakselesaan perut,ketegangan leher dan bahu,rasa tidak senang apabila bangun pada waktu pagi,kekacauan semasa tidur,tangan dan kaki terasa sejuk, tapak tangan melekit,sembelit,palpitasi jantung,kesukaran bernafas,kebas tangan dan kaki,mudah rasa mabuk,keresahan dan rasa tidak keruan.
  3. Pesakit kardio-serebral vaskular (tekanan darah tinggi, penyakit koronari jantung, strok, dan rasa tidak keruan.
  4. Mereka yang bertekanan kerja berat,ritma hidup yang tak teratur,rasa kemurungan, timbul tekanan, keletihan, merokok berpanjangan, meminum alkohol dengan keterlaluan, waktu makan tidak tetap, selalu terdedah kepada radiasi, persekitaran yang tercemar, mereka yang mengambil ubatan hospital dalam jangka panjang.

Fungsi Utama


1.Menyingkirkan radikal bebas dan melambatkan penuaan
Teori Penuan Radikal bebas pertama kali dicadangkan oleh Harman pada tahun 1956.Teori Radikal Bebas memainkan peranan penting dalam proses penuaan dan perkembangan penyakit.Dalam proses metabolisme manusia,radikal bebas sering terhasil disebabkan oleh kesan persekitaran luaran (fizikal,kimia) dan dalaman (fisiologikal,patologikal).Radikal bebas akan menyerang pelbagai sel dan organ, menyebabkan kerosakan, mempercepatkan penuaan dan mencetuskan penyakit. Teh Herba boleh mengurangkan radikal bebas yang berlebihan dalam badan. Dengan itu ia boleh mencegah penuaan dan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh kerosakan yang berpunca daripada radikal bebas. Ia juga boleh digunakan dalam rawatan penyakit yang disebabkan oleh penuaan.

2.Memperbaiki keadaan sub-kesihatan.
Menurut suatu kajian global yang dilakukan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), hanya 5% daripada populasi dunia adalah benar-benar sihat : mereka yang telah ditentukan oleh doktor sebagai penghidap penyakit hanya 20 % dan yang baki 75 % itu hidup dalam keadaan sub-kesihatan. Keadaan sub-Kesihatan merujuk kepada sekumpulan gejala klinikal yang ditentukan oleh WHO, di mana badan tidak menunjukkan penyakit yang nyata, tetapi pelbagai perasaan ketidakmampuan dan gejala-gejalanya  timbul secara fizikal dan fisiologikal : di mana terpapar kekurangan tenaga dan ketidakbolehsesuaian terhadap dunia luar. Ia meruapakan keadaan fisiologikal di antara keadaan sihat dan sakit. Perubatan Tradisional Cina mengangap keadaan sihat sebagai suatu keadaan di mana badan berada dalam kesimbangan dinamik dengan persekitaran semulajadi dan persekitaran sosial, seperti kata pepatah "Kekalkan keseimbangan Yin dan Yang, maka tenaga kehidupan yang teratur". Adalah dipercayai bahawa keadaan sub-kesihatan berlaku kerana terdapat sedikit ketidakseimbangan Yin dan Yang.Dengan itu Perubatan Tradisional Cina percaya bahawa untuk mengekalkan kesihatan dan melambatkan penuaan, langkah-langkah pencegahan harus diambil kira terlebih dahulu, seperti kata pepatah : "pencegahan lebih baik daripada perawatan, di mana pengekalan keseimbangan peredaran dan keseimbangan organ  dalaman diutamakan.Teh herba mencapai pelarasan peredaran dan Yin-Yang melalui kombinasi herba yang tepat serta pengambilan secara jangka masa yang lama dapat memastikan kesihatan dikekalkan dan penyakit boleh dicegah.

3.Mengawalatur keimunan
Astragalus dan teh hijau yang berkualiti dapat melaraskan imuniti badan secara dwi-arah, menolong badan mencapai kesihatan dimana keseimbangan Yin dan Yang tercapai. Dengan penambahan Salvia dan Panox Notoginseng, kseseimbangan peredaran juga diselaraskan.Produk ini digunakan untuk membaiki penghadaman yang lemah,kurang selera makan,najis separuh cair,keletihan,perpeluhan spontan dan keadaan mudah mendapat demam.

4.Mengawalatur lemak dalam darah dan meningkatkan peredaran mikro
Penggunaan jangka panjang Teh Herba dapat mengurangkan paras lemak, merendahkan kelikatan darah, merencat pembentukan trombosis, meningkatkan peredaran mikro,merencat aterosklerosis, menghasilkan kesan pencegahan terhadap kerosakan salur darah yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi,kolestrol berlebihan,diabetes dan penyakit koronari jantung.

5.Meningkatkan penjagaan dan meransangkan otak
Teh Herba menyegar dan merangsang otak,sementara Salvia dapat mententeramkan saraf. Pengguanaan jangka panjang dapat meningkatkan penjagaan dan merangsang otak.